Thursday, June 20, 2013

Oblivion



Hai pembaca setia blog saya (wahhh ada ke peminat nie) sebenarnya saya dah terlewat untuk hupdate cite pasal OBLIVION nie.. sebenarnya cite nie cite wayanglah korang ..

saya pergi lah ken GSC Aeon Jusco Melaka (kantoiii sudah) untuk lawankan seseorang tengok wayang walaupun dasarnya saya memang tak berapa minat tengok wayang (tipu wokey)... beli tiket online sebab tgk wayang kul 8.20mlm..kalo jam tu nk beli tiket memang alamatnya aku memang malas nk tgk wayang ..sit dah tinggal yang depan dan tengah-tengah (memang saya akan pusing dan terus balik aje)... better korang yang nk pergi buat lah pembelian secara online..lebih mudah dan pantas..tiket print sendiri je..wokey dah lari tajuk cite nie.

Tajuk wayang yang saya pergi tengok adalag seperti diatas OBLIVION……





Para pelakon dia





Pada tahun 2005, lima tahun sebelum Joseph Kosinski mengarahkan filem pertamanya, 'TRON: Legacy' (2010), dia telah menghasilkan sebuah karya setebal 12-muka surat yang diberi judul 'Oblivion'. Karya bergenre aksi pengembaraan itu berlatarbelakangkan Bumi pada tahun 2077, enam dekad selepas pencerobohan makhluk asing yang meninggalkan Bumi terdedah kepada radiasi. Watak utama bernama Jack Harper, seorang juruterbang berani mati yang kini bertugas di Bumi.


Realiti yang Jack selama ini percaya sebagai kebenaran musnah dalam sekelip mata apabila dia dipertemukan dengan seorang wanita misteri. KesedarJack akhirnya melihat lelaki ini menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin kepada mereka yang masih berada di Bumi.
Impian Kosinski ialah untuk mengadaptasi 'Oblivion' buat layar perak. Malangnya, masa sering tidak menyebelahinya. Sehinggalah beberapa tahun kemudian bila dia ditemukan dengan pengasas Radical Studios, Barry Levine dan Jesse Berger.





Ketika itu, mereka bertiga mendapat idea untuk mempersembahkan cerita 'Oblivion' dalam versi novel grafik. Tujuannya bagi memudahkan mereka mendemonstrasikan halatuju 'Oblivion' kepada pelabur yang berminat. Arvid Nelson dipertanggungjawabkan untuk menulis novel tersebut sementara ilustrasi oleh Andree Wallin.
Pada masa yang sama, mereka ingin mendapatkan maklum balas dari orang-orang awam terhadap 'Oblivion'. Sebanyak 30,000 salinan novel grafik itu diedarkan di Comic-Con International 2010 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kosinski ingin berkongsi pengalaman dan minatnya mengarah sebuah karya sains fiksyen. Beliau membesar dengan filem-filem klasik seperti 'The Omega Man', 'Blade Runner' dan
'2001: A Space Odyssey' dan buku termasuk 'Hyperion' serta rancangan TV seperti 'The Twilight Zone'. Pengarah muda ini memberitahu, dia gemar melihat teknologi canggih yang dipersembahkan dalam rekaan bergaya ditemukan dengan latarbelakang yang 'rugged'.

Bagi Berger dan Levine, mereka tertarik dengan 'Oblivion' kerana ia bukan sahaja sebuah filem aksi-penggembaran yang hebat tetapi pada terasnya, ia mengisahkan tentang seorang individu yang sedang mencari kemanusiaannya dan sebagai penonton, anda mahu menyokong dan melihatnya berjaya.

Selepas kejayaan mereka di Comic-Con, Universal Pictures dan Chernin Entertainment bersetuju untuk bekerjasama merealisasikan impian Kosinski. Sementara kerja-kerja mengadaptasikan ‘Oblivion’ untuk layar perak dimulakan, Kosinski perlu fokus pada pencarian pelakon-pelakon yang akan menghidupkan watak-wataknya.

Berbeza dari filem aksi-penggembaraan lain yang dipopulasikan dengan ramai pelakon, ’Oblivion’ hanya mengetengahkan beberapa watak sahaja, lebih-lebih lagi Bumi pada waktu itu sudah ditinggalkan penduduknya.

Buat Kosinski, pelakon A-list Hollywood, Tom Cruise merupakan calon teratas di dalam senarainya. Walaupun begitu, dia mengakui terkejut bila dihubungi wakil Cruise yang memaklumkan bahawa pelakon tersebut sudah membaca novel grafik ’Oblivion’ dan ingin duduk berbincang dengannya. Dalam tempoh tiga jam, pertemuan yang berlangsung di sebuah hangar kapal terbang di Burbank berakhir dengan berita gembira yang Cruise ingin terlibat sama dalam projek Kosinski.

Tentang koloborasi mereka, Kosinski menjelaskan, “Tom tahu apa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah filem yang hebat. Berpeluang bekerjasama dengannya sesuatu yang menakjubkan, bukan sahaja di set ketika penggambaran tetapi dari awal lagi sewaktu kami bersama-sama membentuk skrip dan wataknya.

Bagi Tom pula, alasannya menawarkan diri untuk ’Oblivion’ mudah sahaja - dia tartarik dengan ceritanya.

“Pertama kali kami bertemu, saya sudah kagum dengannya (Kosinski). Joe seorang yang berbakat. Dia seorang pengarah yang mencipta dunia lain dan visinya untuk ‘Oblivion’ membuatkan saya tertarik. Belum pernah lagi saya melihat visi sebegitu di dalam karya-karya lain. Walaupun sudah lama saya tidak terlibat di dalam sebuah filem sains fiksyen sejak ‘Minority Report’ tetapi saya suka genre itu dan saya tahu Joe mampu menghasilkan sebuah karya yang hebat.”




‘Oblivion’ bukan sahaja percubaan pertama Cruise bekerja di bawah arahan Kosinski tetapi ia juga pertama kali dia digandingkan dengan pelakon tersohor Morgan Freeman yang membawa watak Beech, pemimpin revolusi.




Kongsi Cruise, “Pada tahun 1990, kami berdua telah dicalonkan untuk Oscars. Saya untuk watak saya dalam ’Born on the Fourth of July dan dia untuk ’Driving Miss Daisy’. Saya begitu mengaguminya dan saya ingat lagi di malam Oscars, saya memberitahunya saya meminati hasil kerjanya dan mencadangkan kami patut bekerjasama. Agak sedih ia telah mengambil masa bertahun lamanya untuk kami digandingkan tetapi saya gembira diberikan peluang ini. Dia seorang individu yang hebat dan pelakon yang luar biasa.”
Barisan pelakon lain yang turut terlibat di dalam ‘Oblivion‘ termasuk Olga Kurylenko (sebagai Julia Rusakova, penggembara misteri yang telah merentas masa dan ruang untuk mencari cinta sejati), Andrea Riseborough (Victoria 'Vika' Olsen, pembantu setia Jack), Nikolaj Coster-Waldau (Sykes, orang kanan Beech) dan Melissa Leo (Sally, ketua pegawai yang ditugaskan mengendalikan pemindahan penduduk dari Bumi).

Cadangan saya korang pergi tengok cite ni memang best dan sangat seronok..mata saya tak henti-henti tengok sebab tak tido ..(selalu saya akan tido kalo tengok wayang)

okey sekian.



1 comment:

  1. wahh cam bes citer dia..nnti nak tgok gak ar
    yg penting ada tom cruise...ensem!

    ReplyDelete