Wednesday, April 3, 2013

SAUNA BOLEH KURANGKAN BILANGAN SPERMA

saunalelaki Sauna boleh kurangkan bilangan sperma

Satu kajian yang dijalankan di Itali mendapati lelaki yang gemar menghabiskan masa di sauna terdedah kepada pengurangan bilangan sperma.Kajian tersebut dijalankan di Universiti Padova, Itali untuk jurnal Human Reproduction (Kesuburan Manusia) edisi keempat.Sepuluh lelaki Finland berusia 30-an, berkeadaan sihat digunakan dalam kajian tersebut. Mereka mempunyai bilangan sperma yang normal pada permulaan kajian. Lelaki tersebut bersetuju menghabiskan masa 15 minit di sauna dua kali seminggu dalam masa tiga bulan.Pemeriksaan sperma selepas tiga bulan mendapati bilangan sperma lelaki berkenaan telah berkurangan berbanding jumlah yang dikesan pada tiga bulan lepas. Namun setelah lelaki berkenaan tidak lagi menggunakan sauna selepas enam bulan, bilangan sperma kembali normal.Kajian terdahulu mendapati bilangan sperma yang rendah dikaitkan dengan penggunaan tab mandi panas dan meletakkan komputer di atas riba dalam tempoh yang panjang.Walau bagaimanapun, kajian baru tidak menilai kesuburan lelaki, jadi ia adalah mustahil untuk mengetahui sama ada kesuburan mereka adalah lebih rendah semasa tempoh mereka mengambil sauna. Bilangan sperma Seorang lelaki tidak semestikan menurunkan tahap kesuburan mereka, Kramer berkata.

No comments:

Post a Comment