Kisah seram di asrama lelaki | Jarang
sebenarnya kita nak mendengar tentang kejadian seram dan misteri di hostel atau
di asrama lelaki ni. Biasenye mesti melibatkan asrama perempuan kan. Namun kali
ini aku berpeluang untuk berkongsi dengan korang semua tentang kejadian yang
menimpa Nizam (bukan nama sebenar) sewaktu beliau tinggal di asrama lelaki.
Kisah seram ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh Nizam.
Kisah Seram Di
Asrama Lelaki | Pengenalan
Salam
admin.. Kisah seram di asrama ini berlaku masa aku tingkatan 1.. Aku bersekolah
di Sekolah Agama di Gombak, Selangor…
Masa tu aku duduk di asrama lelaki..
Biasa la.. Bila dah duduk asrama ni macam-macam cerita seram dan versi pernah
aku dengar berkenaan asrama lelaki yang aku duduk ni. Asrama ni ade
5 tingkat dimana dorm aku berada di tingkat atas sekali…
Kisah seram di asrama aku ni bermula
pada suatu malam tu.. Aku dengan rakan-rakan aku hendak tidur.. Masa tu
pukul 1 pagi.. Masa nak tidur tu, Aku terdengar ayam hutan berkokok.. Dan tiba²
dinding belakang katil aku berbunyi macam dicakar.. Aku buat tak tahu dan berdiam
diri sahaja.. Sambil dalam hati membaca ayat kursi.. Selepas itu, tiada
apa² yang terjadi dan aku tidur lena sampi esok pagi…
Petang keesokan harinya tu, aku
bertanya pada rakan aku yang duduk sebilik tu samada dia ada dengar bunyi apa²
tak malam tadi.. Dan dia kata dia tak dengar apa² dan aku hanya berdiam diri
sahaja tapa menceritakan bunyi yang menyeramkan malam semalam…
Kisah Seram Di Asrama Lelaki | Kemuncak
Malam
kedua selepas kejadian tu.. Kali ini bukan aku seorang sahaja yang alami.. Tapi
melibatkan satu dorm di asrama lelaki ni… Dorm kami tiba² elektrik trip… Dalam
keadaan gelap tu aku dan rakan² dorm aku terasa macam angin bertiup masuk dalam
dorm asrama lelaki tu dengan kuat.. Kami semua berasa pelik.. Dan salah seorang
dari rakan aku cuba untuk menaikkan (meng ON) suis utama… Dan elektrik ada
kembali.. Selang 2 minit lepas itu, elektrik trip balik..
Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali
pada malam tu.. Selepas kali keempat rakan aku kena tampar dari belakang dan
dia mengadu kesakitan.. Kami yang melihat dia tibe² berasa panik… Dan menyangka
dia terkene renjatan elektrik… Kami membawa dia keluar dari asrama lelaki tu
menuju ke dewan. Di dewan kami mendapati terdapat kesan lembam pada tengkuk
kawan yang ditampar dari belakang tadi tu… Kami semua terkejut dan berasa pelik
dengan apa yang telah terjadi…
Aku bersama 3 orang rakan
telah mengambil keputusan untuk kembali ke dorm asrama lelaki.. Sampai je
kat dalam dorm, aku dengan rakan aku terus lari lintang pukang keluar dari dorm
asrama lelaki kerana nampak “benda” tu bertenggek atas kipas… Kami berlari sampai
lompat tangga tu.. Seliper pun ade yang sebelah lain sebelah lagi lain.. Sampai
di bawah kami semua tercungap² dan memberitahu kejadian itu kepada rakan kami
yg duduk di dewan…
Kami semua sepakat naik kembali ke
dorm asrama lelaki tadi dan membaca ayat Kursi serta salah seorang dari kami
azan.. Alhamdulillah selepas itu semua nye kembali seperti sedia kala…
Tapi kisah seram di asrama lelaki ni
tak berakhir disitu.. Esok malamnye.. Aku sorang je pulak yang kene… Almari kat
sebelah aku tibe² berbunyi dan pintu almari tu terbuka dengan sendirinya.. Aku
berasa takut.. Aku berselimut hingga tutup muka…. Aku terasa kaki aku bagaikan
ada orang yang tarik.. Aku tak dapat tidur sampai la esok pagi.. Tak
berani aku nak tengok makhluk jenis apakah yang tarik kaki aku pada malam tu..
Kisah Seram Di Asrama Lelaki |
Penutup Cerita
Selalunya di asrama lelaki aku ni
mengadakan solat subuh berjemaah… Aku tidak pergi selama 3 kali dan akhirnye
aku dibuang asrama…. Aku tak pergi ada sebab… Sebabnye aku tak cukup tidur
akibat diganggu oleh “benda” tu… Kejadian yang menimpa aku ni benar² menyeramkan
aku.. Dan aku tak nak duduk di asrama lelaki lagi… Akhirnya selepas kene buang
asrama aku sekolah dekat dengan rumah aku…. Sekian….
Terima kasih Nizam kerana berkongsi
kisah seram di asrama lelaki ini. Begitulah kisah hidup pelajar di asrama kan..
Macam² perkara yang dapat kita rasakan bila tinggal di asrama bersama rakan²..
Aku juga dulu pernah tinggal di asrama lelaki.. Semoga berjumpa lagi di kisah
seram yang akan datang..
thank you for sharing
ReplyDeletejual obat kuat usa
obat kuat jakarta
obat kuat viagra
obat kuat asli
viagra jakarta
viagra asli
jual viagra usa