Tuesday, April 9, 2013

Lukisan bernilai hampir RM 50,000.00

Korang pernah tak masuk Galeri Seni kat Universiti Malaya (UM)... nk dijadikan cite boleh plak kesana atas urusan kerja..lepas habis je urusan di sana boleh plak pegawai di sana pelawa ke tingkat 5 untuk ke galeri diorang..sebenarnya bangunan nie 9 tingkat...mak oiii Canseleri diorang je 9 tinggkat..memang cantik sangat ..cantekkan bangunan dia...


so bukan nk cite pasal design dia nie tapi nk cite ape yg ada di tingkat lima tue ...(Galeri Seni UM)
nie main enterance dia..

 
sekitar kawasan Galeri Seni UM , koleksi dia orang ada dalam 100 lukisan tp yang di pamerkan lebih kurang 30-40 je kot kalo tak silap.

ok korang nampak tak lukisan yang kat atas nie..korang gase berapa harga lukisan ini..yang diberitahu harga lukisan ini adalah lukisan yang paling mahal nilanya..harga nye dianggarkan lebih kurang RM 50,000.00 tak termasuk insurans okey setiap satu bernilai ribuan ringgit. Serius aku memang terkejut sbb lukisan hasil beliau nie sebenarnya ada 7 tapi kat UM yang dipamerkan ni cuma 4 sahaja. Sejarah lukisan nie mmg best seperti yang dicerita oleh pegawai kat sana.

 
Nie lukisan kedua, mahal jugak lah

 hah yang ini paling mahal sekali harga lukisan (tak jual) cerita memang panjang gile pegawai nie cite aku terbeliak jap mata aku.. fist time masuk galeri ko..mana umur aku nk masuk tgk benda-benda ni walaupun aku minat seni nie...tapi korang mesti tak percaya..sbb 4 lukisan ini dimasukkan didalam bilik kaca yang ada security kod utk masuk..pakai jap jari wokey...pompuan nie je yg boleh masuk kire aku dan my boss beruntung lah jugak kan masuk bilik kaca nie..dia cakap security kat sini sangat TIP-TOP wow...ohsemmm aku tergaman jap..mana tak nya nilai harga lukisan ini je dah sampai ratuan ribu oooo tak termasuk dia punye insurans..(ko ingat korang je ada insurans..lukisan yang indah ini pun ada insurans wokey...
 
okey korang tengok lukisan kat atas ni..warna biru, kuning dan merah tue.. ini lukisan yang dipilih oleh pak ungku.(kata pegawai tue lah kan).. tajuk lukisan adalah berdasarkan kepada surah An-Nur , menurut cite nya 3 manusia , bapak , ibu dan juga anak... tapi memang menarik lah lukisan dia..banyak sangat kat sini tapi semua ada cite dia sendiri.
 
yang ini ada lagi lukisan nya.tajuk dia pasal hujan ada empat tapi aku snap 2 je sebab mcm tak sempat je td..yang bulat tue petir kot yang 3 segi tue apa ntah... tapi kalo korang ke UM better lah singgah ke Galeri Seni Universiti Malaya sbb sangat best dan menarik kalo boleh nk je aku ke dok lama-lama ke sana tapi sebab pergi ngan boss gua so ikutkan je nk balik awal.
 
Moral of story: Lukisan yang korang rasa tak sangat tak cantek tue sebenarnya ada nilai dan ceritanya sendiri...lukisan adalah cerita hidup seseorang, indah bile dilihat , dan bile korang rase (sentuh lukisan tue) korang akan rasa satu kelainan yang sangat berbeza.. untuk Galeri Seni Universiti Malaya saya ucapkan tahniah sebab membenarkan saya melawat dan melihat sendiri lukisan yang bernilai jutaan ringgit semuanya. 
 
Serius memang terbaik GALERI SENI ni..
 
~ayoithelegend~

WHISHLIST 2013

Adoiiii boleh plak lupe nk buat whislist untuk tahun 2013...macam terlambat jek ....btw sebenarnya aku memang tak pernah nk buat whishlist sebab perangai aku time nak beli aku beli lah...
 
so berikut adalah whishlist aku untuk tahun 2013 nie:
 
1. Set karaoke....(wokey fine dah tercapat masa kat entry yang nie)
 
2. Beli rumah
 
3. TV plasma 52 inci
 
4. Simpanan EMAS
 
5. Simpanan KAWIN
 
6. KAWIN..tak pun TUNANG je dulu (sape berminat drop resume)
 
7. Bercuti ke Luar Negeri/ Negara
 
8. Laptop baru (sape yang nk tolong belikan)
 
Hopefully dapat lah merealisasikan hajat yang ingin di capat tahun nie..
 
~ayoithelegend~

Wednesday, April 3, 2013

SAUNA BOLEH KURANGKAN BILANGAN SPERMA

saunalelaki Sauna boleh kurangkan bilangan sperma

Satu kajian yang dijalankan di Itali mendapati lelaki yang gemar menghabiskan masa di sauna terdedah kepada pengurangan bilangan sperma.Kajian tersebut dijalankan di Universiti Padova, Itali untuk jurnal Human Reproduction (Kesuburan Manusia) edisi keempat.Sepuluh lelaki Finland berusia 30-an, berkeadaan sihat digunakan dalam kajian tersebut. Mereka mempunyai bilangan sperma yang normal pada permulaan kajian. Lelaki tersebut bersetuju menghabiskan masa 15 minit di sauna dua kali seminggu dalam masa tiga bulan.Pemeriksaan sperma selepas tiga bulan mendapati bilangan sperma lelaki berkenaan telah berkurangan berbanding jumlah yang dikesan pada tiga bulan lepas. Namun setelah lelaki berkenaan tidak lagi menggunakan sauna selepas enam bulan, bilangan sperma kembali normal.Kajian terdahulu mendapati bilangan sperma yang rendah dikaitkan dengan penggunaan tab mandi panas dan meletakkan komputer di atas riba dalam tempoh yang panjang.Walau bagaimanapun, kajian baru tidak menilai kesuburan lelaki, jadi ia adalah mustahil untuk mengetahui sama ada kesuburan mereka adalah lebih rendah semasa tempoh mereka mengambil sauna. Bilangan sperma Seorang lelaki tidak semestikan menurunkan tahap kesuburan mereka, Kramer berkata.