Sunday, May 26, 2013

Hukum Mencukur



Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.


Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAMdisisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.


Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.


Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.








KOi ohhh KOi, KALOi ohhhh KALOiii

Moning semua, lama gak tak menghupdate blog yg adooo nie..nak dijadikan cerita ujung minggu yg lepas kan..mana tak nye coti dari jumaat sampai ke ahad..pehhh heaven wokey cuti...mcm cuti honeymoon (oohhh belum lagik yee).

Jadual sangat penuh wokey..mcm biasa lah kerja-kerja hakiki di rumah seperti kemas bilik yg mcm TONGKANG PECAH..(tongka pecah pun lagi cantek kot)... dan kerja kerja yang sewaktu dengan nya. Niat di hati nk lah berjalan-jalan..sekali buah hati den buat hal....ape sebabnya..sakit mintak repair... ooooo tidak bateri kete boleh plak kong...so repair lah kan..nk mudah kan pergerakkan yg bakal dirancang (walhah tak rancang pun main tibai je) ikut suke nk g mana pun.

So bile tahap bosan ULTRAMAN datang tak tahu apa nk buat lepas dah repairkan buah hati den si JEMAH.. so pergilah kedai ikan ..nama memang best IKIA..aku ingat IKEA siot..tapi lain...sebut mcm dan dekat..
nie tempat dia lokasi kat taman merdeka..dekat ngan pasar borong...kalo korang nampak donimo pizza korang masuk simpang tu jalan nk ke malim..tapi sembelum jambatan masuk kanan...kat situ korang terus je..nanti ada lah tanda arah ke sana..(cehhh wahhh) terror tak aku...kalo sesat korang pandai2 hidup.

So far kat sini kedai dia mmg best lah sbb tempat ni aku pun tak tahu sangat yang ajak kawan aku si Amir dan Hazrul. Sbb yg hazrul ni mmg fanatik pada ikan..gila kentang lah. Okey dah kelaut cite..

Aku g ahad kat sini..so pergi mmg lama lah tahap gaban..nk dekat 2 jam kat dalam tue..korang boleh ke...pergi shoping pun tak mcm ni nye lama...so belek punye belek..lihat punye lihat sampai hati terpikat at end aku amik je ikan KOI dengan harapan bawa ong pada aku..(lelap mata dan bayangkan ada ring kat atas kepala kluar)..hahahahah gile lah..

Kalo korang yang tak berapa mahir tentang jenis-jenis ikan dan ada yg cube gatai2 nk membiakkan ikan korang boleh g kat kedai ini..mcm2 lah..dari serendah RM 1.00 hingga ke ribuan ringgit.

Kat bawah ni sebijik serupa sesisik ikan yang aku beli..ikan koi nama diberi..hahaha
memg gumbira hati den bile bawa balik sbb tangki kat umah dah kosong sebb ikan oscar mampus..



ini rupa ikan oscar aku yg tak nk idop kata nya..merajuk sebab sayap dia sebelah kiri sakit..puas aku ubat last2 ko mati..so ape nk buat.kan

 Ini plak jenis ikan koi yang aku beli kat kedai tu...sekor RM 6.00 so aku beli 3 ekor..total berapa erk...korang kirakan ye...



Time lepaskan dalam tank mmg tahap cun dan ohsemm cantekkk...tapi lepas je 2 jam aku tgk balik ikan-ikan yang aku beli bermodalkan RM 20.00 hancus...ranap jantung ku seketika....ooo terus pitam jap ...(okey tipu) ..last-last kesemua nya terapung mcm mandi pakai pelanpung..aku ingat ingat ni buat lawak buat-buat pengsan lah sbb aku beli ko kat kedai...tapi mati lah rupenya..


 
aku angkat terus mmmmmm malas nk cakap..lempau kan je kat baroh..(korang tau tak maksud ayat baroh....kira mcm paya kat blkg umah lah)...
 
Moral of stroy: nk bela ikan koi adalah sangat mencabar mmg susah kot..air tak kene lah itu lah ini lah....kalo aku tahu susah baik aku beli ikan koi je (eehh silap ikan kaloi emas)...
 
 okey pas ni nk bela ika kaloi emas nie..sbb nk jaga dia mudah..tapi mak aiii ganas gile..sebab dah penah bela..mati sebb tercekik masa makan...tipu wokey..

~ayoithelegend~
 
 
 
 

Friday, May 10, 2013

KISAH BENAR 20 TAHUN TERSIKSA DIGANGGU DAN DIROGOL JIN!



KISAH BENAR 20 TAHUN TERSIKSA DIGANGGU DAN DIROGOL JIN!

Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suis lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.
Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ‘Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’
“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:
Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.
Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.
Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.
Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.
Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.
Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:
“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat dan perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Wednesday, May 8, 2013

Samsung Galaxy SIV



 


Oh bilelah nk merasa pakai Hp cangih2 gini kan..mana taknye..kawan2 semua pakai canggih..cume pakcik je yang tak upgrade lagi ke Hp canggin sebab apa?..sbb nk kawin lah...ooooo yes yes yes yes....tapi tarikh akan dimaklumkan calonnye juga akan diketahui oleh umum kelak..
 
 
Ok fine pe jadah melalut kan...sebenarnya pasa Samsung Galaxy SIV nie sangat cantik dan ohsemmm.. sebenarnya terlihat kat SINI  so tertarik menarik ko memang debom.....hahahha serius.. Sebab dah try cube kat SINI, SINI dan SINI hampir lama jugak lah dok melepak kat kedai2 nie sbb nk tgk2 dulu sebelum servey beli kan...ohhh tidak mana nk cekau duittttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!
  
 
 
(nie kalo ada cash gini pehhhh syokkkk)
 
 
sob2 kene tahan napsu den nie kalo tak mau habis duit kan...pasangkan niat jek dulu (sebenarnya nk sedapkan hati jek).
 
so boleh tak gase2 ye nk tanye kat korang nie..hp nie digunkan untuk hantaran kawin nanti...
 
 



ni depa guna i-pad..so mcm besar sangat...hehehe ape komen korang?
 
 
So kepada orang itu.....sila lah baca ye..mana tahu awak boleh belikan saya nanti...yeahhh sayang awak nanti... nk lah jugak pakai Samsung Galaxy SIV nie memang canggih.
 
Wokey kalo lah tahu ada hp gini bolehlah pakcik "KUMPUL DUIT DARI KECIK" untuk membeli menanatang nie...guna ayat orang kaya itu...hahahahah

~ayoithelegend~


 

Monday, May 6, 2013

Memang Puaka







wokey nk jadi the huge lah...



Sori lah geng dah lama rase nya tak Hupdate Blog nie..bukan ape ada kisah nye..tangan aku ni gatai menukar-nukar design kononnya nk bagi canggih bagai tapi at the end mcm HAMPEH...lagi aku tak tahu nk log- in kat mana ..nk tekan ada lah semua...adoiiii last2 pakai yg basic je lah anak2...sbb aku nie otak memang tak reti nk tukar2 kan di nye coding2 bagai tue...

tuelah tgk org lain nye blog santek2 jek..terasa nk tukar bagai tp tak reti..so i decided to choose BASIC je.



**mood tgh hangin sbb godeh2 baru boleh tkr..ni pun tak puas hati lagi...