Thursday, June 20, 2013

Kenapa Lelaki Kurus Tetap Berperut Boroi?



Jangan salahkan wanita jika mereka terlebih dulu melihat perut anda kemudian baru melihat wajah anda. Jika wanita mempunyai 'aset' untuk dijaga, anda juga tidak terlepas. Jangan ambil mudah apabila perut mula naik kerana ada kajian perubatan mendapati, jumlah lemak pada perut boleh menyumbang kepada beberapa penyakit.

PUNCA

Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak 'membiak' dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut.

Ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.


Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.

TABIAT

Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam.


Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak.

RAJIN

Kaedah liposuction, pil diet dan diet melampau perlu dielakkan. Meskipun kadang-kadang ia memberi kesan tetapi ia untuk kesan sementara saja malah memberi kesan sampingan. Sanggupkah anda melakukan liposuction atau sedut lemak yang boleh mendatangkan kecederaan dalaman? Manakala pil diet pula memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kami tahu ada sesetengah berpersepsi boroi itu seksi! Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks. Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3.

Pertama, kawal pemakanan. Kedua, rajin bersenam dan ketiga banyakkan makanan organik. Nicknameboroi tak sedap. Tukarkan kepada jejaka six pack!


~ayoi~

No comments:

Post a Comment